Rabu, 4hb Julai 2018
Assalamualaikum ibu bapa yang dikasihi,
Pihak taska ingin mengambil kesempatan untuk memberi peringatan tentang prosedur keselamatan menjemput anak-anak Taska Little Ehsan.
1. Guru taska hanya akan membenarkan ibu dan bapa sahaja untuk menjemput anak;
2. Individu yang tidak dikenali (datuk/pakcik/jiran) tidak dibenarkan untuk menjemput anak;
3. Ibu atau bapa (melalui numbor telefon yang terdapat dalam rekod taska) mesti menghubungi guru taska sekiranya anak perlu dijemput oleh orang lain;
4. Ibu atau bapa perlu memberi maklumat wakil (nama, hubungan, nombor pendaftaran kenderaan, jenis, warna) kepada pihak taska sekiranya mewakilkan mana-mana individu untuk menjemput anak.
Untuk penerangan lanjut, ibu bapa boleh menghubungi Teacher Norzila (013-3977119) atau Teacher Intan (011-10764210).
Nota: Premis taska dilengkapi dengan rangkaian kamera litar tertutup(CCTV) yang merekodkan setiap pergerakan dalam kawasan taska untuk tujuan keselamatan.
Harap maklum.
#taskasenawang
#tamanbandarsenawang
#taskalittleehsan
#taskaberdaftarsenawang
No comments:
Post a Comment