Pada 17 Mac 2017, Jumaat, satu program penjagaan gigi yang dikenali dengan nama Care-For-Your-Smile telah dianjurkan khusus untuk anak-anak Taska Little Ehsan. Program anjuran bersama Taska Little Ehsan ini mendapat sokongan profesional khusus dari Klinik Pergigian Shaida. Seramai 23 orang kanak-kanak telah menyertai program ini dengan tujuan utama untuk memberikan pendedahan awal tentang kepentingan penjagaan gigi dan memberi peluang untuk mendapatkan pemeriksaan gigi di peringkat awal. Selain itu program ini juga bertujuan menyemai perasaan selesa dan yakin dalam diri anak-anak untuk mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital pada masa hadapan.
Program telah dimulakan oleh Dr Yusri dengan sesi penerangan tentang penjagaan, kepentingan kebersihan gigi dan demonstrasi cara ideal memberus gigi. Kemudian Dr Yusri dan Dr Shaida dengan dibantu oleh dua orang jururawat terlatih telah menjalankan pemeriksaan gigi untuk setiap anak-anak. Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan oleh anak-anak sangat mengagumkan. Mereka sungguh tenang malah teruja ketika gigi mereka diperiksa. Dr Yusri dan Dr Shaida telah menceriakan lagi program dengan gimik istimewa mereka; hadiah berus gigi dan ubat gigi untuk setiap anak-anak! 😉
Program diakhiri dengan jamuan ringan yang juga disumbangkan oleh Klinik Pergigian Shaida.
Pihak pengurusan Taska Little Ehsan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Klinik Pergigian Shaida kerana sudi bekerjasama menganjurkan program ini. Harapan kami semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan menjadi salah satu program tahunan taska kami. Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan gigi pada anak-anak mereka.
Kepada ibubapa yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan susulan untuk keluarga, pihak klinik boleh dihubungi seperti berikut;
KLNIK PERGIGIAN SHAIDA
Pusat Komersial Cempaka,
No. 41, Tingkat 1, Jalan Cempaka 28,
Senawang, 70450 Seremban
Negeri Sembilan.
No Tel: 019-277 6401
Masa Operasi:
Isnin – Sabtu
9.00am – 6.00pm
Ahad
9.00am – 3.00pm
Terima kasih dan salam hormat.
Pihak Pengurusan,
Taska Little Ehsan,
Taman Bandar Senawang.
No comments:
Post a Comment